More

    Sidang Media Penyertaan Tokoh Amanah Ke Dalam PAS Dibatal Di Saat Akhir

    PAS Selangor terpaksa membatalkan pengumuman penyertaan tokoh dan aktivis Amanah ke dalam parti itu, tanpa memberikan sebarang makluman.

    Sesi siaran langsung itu bermula pada jam 10.30 pagi tadi, namun selepas lebih dari sejam, tidak ada sesiapa yang mengisi ruang sidang media meskipun meja, kerusi dan mikrofon telah disusun.

    “Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan majlis penyerahan borang ahli PAS dari bekas aktivis Parti Amanah pagi ini terpaksa ditangguh.

    “Namun demikian PAS Selangor terus mengalu-alukan sebarang hasrat mana-mana ahli parti berkenaan yang ingin bersama atau kembali ke pangkuan PAS,” kata Facebook TV Pas Selangor.

    PAS Selangor menerusi stau hantaran di Facebook semalam memaklumkan satu sidang media akan diadakan secara langsung bagi mengumumkan penyertaan seorang pemimpin Amanah yang ingin kembali semula ke perjuangan PAS.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini