Sidang Media Dr Mahathir : Mana Anwar Ibrahim?

Walaupun mereka berdua sekali lagi kononnya akan bekerjasama untuk menjatuhkan pula kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetapi jauh di dalam hati mereka berdua masih tidak menyenangi di antara satu sama lain dan itu sudah jelas melalui misi politik mereka.

Semalam, semasa sidang media Pakatan Harapan (PH) di Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya oleh bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad, kelibat Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kelihatan.

Yang hadir hanyalah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, selain Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat bersama-sama pada sidang media berkenaan.

Selain itu, ahli Parlimen PKR juga tidak kelihatan pada sidang media itu selama kira-kira 35 minit.

Semua rakyat sudah jelas bahawa misi Anwar ialah mahu jadi Perdana Menteri dan misi Dr Mahathir mahu jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Ketika wartawan bertanyakan ke mana Anwar, Dr Mahathir berkata Anwar sudah menandatangani kenyataan bersama PH pada hari itu.

“Dia (Anwar) sudah tandatangan kenyataan bersama tetapi dia tidak dapat hadir,” katanya.

Sidang media itu bertujuan mengulas mengenai sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pagi ini.

BACA JUGA – Bekas KP SPRM Desak Sri Ram Jawab Tawaran Penyelesaian Kes Riza

Beberapa orang Ahli Parlimen, dengan pakaian rasmi, juga hadir di auditorium tempat sidang media itu diadakan.

Dalam sidang media itu, Dr Mahathir berkata sidang Dewan Rakyat sepatutnya boleh diadakan untuk tempoh yang lebih lama, bukan hanya selama dua jam seperti hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, berdasarkan langkah pencegahan COVID-19 yang dilaksanakan dalam Dewan Rakyat hari ini, sepatutnya tidak ada masalah untuk sidang berlangsung lebih lama seperti yang dilaksanakan beberapa negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kalau mahu berbahas, tak dibenarkan sebab masalah pandemik. Sekarang ini semua orang sudah bebas membeli belah dan makan di kedai tapi dalam Dewan (tidak dibenarkan).

“Kita bukan mahu apa, kita cuma mahu duduk di kerusi kita tapi tidak dibenarkan satu hari pun, cuma beberapa jam saja. Sepatutnya tidak ada masalah untuk lapan hari dengan cara yang dibuat pada hari ini.

“Kami tidak dapat terima alasan kononnya (tidak boleh bersidang) kerana pandemik selama dua jam saja, sedangkan Sabah oleh bermesyuarat (DUN) selama tiga hari,” katanya.

Pada majlis perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga, Parlimen ke-14, hari ini, Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara itu diputuskan kerajaan selepas susulan penularan wabak COVID-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan, terdapat tiga usul akan dibawa pada persidangan hari ini, iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2019 dan 2020, usul pelantikan Ketua Pembangkang dan pelantikan jawatankuasa pilihan serta pengerusi dan naib pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ahli Parlimen Langkawi itu juga mengucapkan tahniah kepada pengurusan Parlimen kerana majlis perasmian pagi tadi dapat dilaksanakan penuh tertib ketika negara sedang berdepan COVID-19.

“Sebelum masuk, kita diperiksa suhu badan, perlu membasuh tangan sebanyak dua kali sebelum masuk ke Dewan. Kita juga duduk selang satu kerusi antara satu sama lain, cukup tertib,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, berkata sidang media berkenaan sebenarnya adalah bagi Dr Mahathir menjelaskan mengenai isu Bersatu, dan bukan sidang media PH.

“Jadi, tidak ada keputusan untuk semua orang hadir, terserah pada semua. Mungkin Datuk Seri Anwar dan pimpinan lain ketika ini tertumpu kepada menyediakan kenyataan bersama yang akan dikeluarkan PH,” katanya. – TRI

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini