Sidang Media Harian Covid-19 Dari Rumah Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lalu.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilaporkan positif Covid-19 pada semalam.

Malah kesemua individu yang hadir ke mesyuarat berkenaan juga perlu menjalani proses kuarantin kendiri selama 14 hari mengikut peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia menjalani kuarantin wajib.

Susulan perkembangan ini dimana Dr Noor Hisham mula menjalani kuarantin sejak 3 Oktober lalu, maka sidang media hariannya akan diadakan secara langsung dari kediamannya, tanpa kehadiran wakil media.

Latest articles

Related articles

spot_img