Sidang DUN Perak Dijangka Tegang Hari Ini

 

Jika semalam suasana kecoh berlangsung di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sehingga berlakunya pelantikan Speaker yang baru, situasi yang sama juga dilaporkan bakal berlaku di DUN Perak.

Pakatan Harapan (PH) mendakwa kekecohan boleh terjadi kerana kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) tidak mengikut Peraturan Tetap Dewan untuk memikih Speaker.

Cadang Tukar Speaker, Sidang DUN Melaka Ditangguh

Ab Rauf Dilantik Speaker DUN Melaka Terbaharu

Memetik Malaysiakini, Timbalan Speaker Perak Aminuddin Zulkupli mengesahkan bahawa terdapat usul untuk menggantikan Speaker Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau sendiri yang telah dihantar ke pejabat speaker.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa usul tersebut gagal memenuhi syarat notis tujuh hari yang dinyatakan dalam Peraturan Tetap Dewan.

Latest articles

Related articles

spot_img