Sibuk Burukkan UMNO Sebab Annuar, Noh ‘Geli’ Nak Puji PAS, Bersatu

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa dan Tan Sri Noh Omar sepatutnya memuji PAS, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) dalam kempen pilihan raya negeri (PRN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd. Puad Zarkashi bagaimanapun berkata kedua-dua bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mungkin tidak tergamak untuk memuji kedua-dua parti berkenaan selepas meninggalkam parti lama.

Lebih pelik, mereka memilih memburukkan UMNO ketika berkempen kerana menyimpan dendam terhadap parti.

“Noh boleh ceritakan kebaikan Muhyiddin dan PN. Bagusnya Muhyiddin gantung Parlimen dan urus PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Annuar boleh cerita macam mana kejayaan PAS laksana Islam. Dan betapa imannya tambah manis bila masuk Pas.

“Naratif basi mereka ialah “No DAP No Anwar”. No Bersatu tak sebut pula. Semuanya kerana marah dan dendam. Mereka masih geli nak puji melangit Pas dan Bersatu,” kata Mohd. Puad.

Kritikan Mohd. Puad itu merujuk kepada tindakan Annuar dan Noh yang kerap menyindir dan mengkritik UMNO dalam pentas ceramah politik masing-masing.

Untuk rekod, Annuar menyertai PAS selepas dipecat daripada UMNO manakala Noh pula mesra dengan Bersatu. Kedua-dua mereka dilucutkan keahlian selepas didakwa mensabotaj UMNO dalam PRU15, November lalu.

Annuar kini aktif berkempen untuk PN terutama PAS.

Noh yang sebelum ini merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang rancak berkempen untuk Bersatu, selepas anaknya Nurul Syazwani diangkat menjadi calon bagi kerusi DUN Permatang.

BBerkaitan

Latest articles