Siasatan Terhadap Sijil Palsu Peserta Felo Perdana Sedang Dijalankan

KUALA LUMPUR: Wujud kelemahan dalam sistem prosedur operasi standard (SOP) daripada segi proses penapisan kelayakan peserta program Felo Perdana, seperti yang ditularkan baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh berkata, siasatan dalaman sedang dijalankan terhadap seorang peserta yang ditempatkan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang didapati mengemukakan sijil palsu.

“Sehubungan itu, di KBS kami sudah memulakan satu siasatan dalaman untuk meneliti pasukan ‘vetting team’ yang bertanggungjawab ke atas proses pemilihan calon Felo Perdana itu untuk menentukan apa yang telah sebenarnya berlaku dalam situasi ini.

“Berdasarkan siasatan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya dalam kes ini,” kata selepas merasmikan Program Jualan Sukan Rahmah, hari ini

Hannah berkata walaupun pengambilan semua Felo melalui prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), namun pelaksanaan keseluruhan SOP bergantung kepada agensi lain, antaranya SOP penapisan.

Sehubungan itu kementerian tersebut akan menambah baik SOP bagi mengelakkan ketirisan berlaku bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Terdahulu seorang peserta Felo Perdana digugurkan dari menyertai program berkenaan kerana mengemukakan sijil tidak tulen.

Program Felo Perdana yang mula dilancarkan sejak 2013 merupakan program mentoring dan internship dengan matlamat melahirkan belia berdaya saing dan memahami sistem pentadbiran negara.

Program itu telah berjaya menghasilkan 763 Felo sehingga kini.

Kesemua peserta perlu melalui prosedur yang ditetapkan JBSN dan tapisan keselamatan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

BBerkaitan

Latest articles