Siasatan Terhadap Pegawai Jakim Terlibat Aktiviti Politik

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius dakwaan wujud pegawainya yang terlibat dengan aktiviti politik.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, Jawatankuasa Tatatertib Jakim telah diarahkan untuk bertindak segera terhadap dakwaan berdasarkan isu yang tukar di media sosial itu.

“Tindakan ini diambil berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, malam tadi.

Kenyataan itu dipercayai merujuk penglibatan seorang pegawai kanan jabatan itu dalam aktiviti sebuah parti politik, termasuk memuat naik hantaran bersifat ekstremis agama.

Menurut Hakimah, sebagaimana sering diingatkan, semua warga kerja Jakim dinasihatkan sentiasa mematuhi semua peraturan sedang berkuatkuasa dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti serta imej perkhidmatan awam.

BBerkaitan

Latest articles