Siasatan Rapi Isu Rasuah Pegawai Imigresen Akan Dilakukan – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan rapi akan dibuat berkenaan dakwaan salah laku dan rasuah yang melibatkan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Anwar, dalam masa yang sama mengakui wujud beberapa masalah yang perlu diperbaiki, meskipun kerja-kerja yang dilakukan jabatan itu berjalan dengan baik.

Malah, Mesyuarat Jemaat Menteri pada Rabu ini dijangka akan membincangkan isu yang sama.

“Saya ingin bagi jaminan bahawa siasatan rapi akan dibuat, tetapi umumnya majoriti petugas-petugas imigresen berjalan dengan baik.

“Cuma ada beberapa masalah, kita akan ada siasatan untuk perbaiki atau kalau ada kesilapan akan diambil tindakan wajar.

“Saya cuba teliti langkah-langkah yang diambil setakat ini dan memang saya lihat Imigresen respon sangat baik dan positif.

“Yang kita harus kenal pasti adalah lompong kecil yang masih tidak mampu membawa perubahan termasuk berdepan beberapa pertuduhan

“Jadi Insya-Allah siasatan rapi akan dibuat dan rancangan awala akan dilakukan pada mesyuarat Jemaah menteri Rabu ini,” katanya selepas mengadakan lawatan mengejut di KLIA hari ini sebelum menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.

Lawatan mengejut Anwar itu susulan satu kes tular padanJumaat lalu, yang mana media melaporkan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan JIM.

Menteri itu turut didakwa masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan.

Perbuatannya dipercayai bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta-merta dengan memulakan siasatan ke atas laporan berita itu.

BBerkaitan

Latest articles