Siasatan Anggota Polis Laku Gangguan Seksual Masih Berjalan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya mengesahkan menerima satu laporan oleh seorang pengadu wanita berhubung ketidakpuasan hati di atas tingkah laku polis.

Siasatan juga sedang berjalan berhubung laporan itu.

“Pengadu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur bagi diambil keterangan siasatan kes perhimpunan pada 19 Disember 2024 yang disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Selain daripada pengadu terdapat lapan individu lain yang diambil keterangan pada hari yang sama bagi membantu siasatan kes perhimpunan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

BBerkaitan

Latest articles