Siapa sangka kegemaran seisi keluarga buka peluang Fitbites jual Churros

KUALA LUMPUR: Ramai yang tampil dengan pelbagai kelainan dalam memastikan perniagaan makanan mendapat tempat dalam kalangan peminatnya.

Rasa, adalah kunci utama kejayaan perniagaan makanan. Hilang rasa, hilanglah pelanggan.

Itulah pendorong kejayaan Fifbites yang mula diwujudkan sejak pandemik Covid-19 melanda dunia oleh dua anak muda.

Menurut pemiliknya, Ima Syzreenna Binti Ishak, 33, idea untuk menjual Churros bermula selepas makanan itu merupakan kegemaran mereka seisi keluarga ketika waktu santai di rumah, lebih-lebih lagi ketika Covid-19.

Perkongsian bersahaja mengenai aktiviti keluarga sambil menikmati Churros di laman sosialnya akhirnya membuka peluang baru untuk mereka mula berniaga.

Ketika itu hanya Ima dan suami, Amirul Fikri Bin Abdul Malik, 32 sambil dibantu kakaknya menghasilkan churros sejuk beku dari rumah, termasuk membuat penghantaran kepada agen dengan menggunakan bas ekspres ke Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Pahang, termasuk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Ketika mula-mula berniaga dahulu untuk dihantar kepada agen, kami boleh hasilkan 10 kilogram churros setiap hari. Kami pipe churros secara manual menggunakan tangan, packing sendiri sebab masa tu hanya buat di rumah, belum ada mesin.

“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, dari situ kami mula rancang untuk ada central kitchen, di mana untuk kami hasilkan churros dalam jumlah yang lebih besar dan matlamat perniagaan yang lebih besar.

“Di central kitchen, pelanggan masih boleh mendapatkan produk churros sejuk beku, dan dalam masa yang sama kami mahu pelanggan merasai sendiri keenakan churros ready-to-eat. Kemudian kami mula aktif menyertai event, katering dan buka gerai Pop Up seperti di pusat beli belah dan konsert artis.

“Malah kami meletakkan sasaran selepas tiga tahun untuk beroperasi dengan kedai sendiri,” katanya.

Memilih Elmina Lakeside Mall sebagai kedai fizikal pertama Fifbites, Ima melihat konsep pusat beli belah yang diterajui Sime Darby Property amat menarik dan memberi suasana ‘hidup’ buat pelanggan, terutama dalam kalangan keluarga.

Menceritakan perniagaannya, Ima memberitahu kelebihan Churros Fifbites terletak kepada dua jenis coating, iaitu perasa kayu manis dan serbuk cokelat.

Sementara tekstur churros itu yang rangup di luar dan lembut di dalam dengan keistimewaan yang tersendiri seolah-olah pelanggan sedang menikmati Churros di Disneyland!

Selain churros, Fifbites turut menawarkan menu Karipap Tokmi dan Milkshake sebagai hidangan ‘grab and go’ untuk para pelanggannya.

“Buat masa ini, Fifbites turut membekalkan churros sejuk beku kepada beberapa kafe dan restoran, termasuk di beberapa pasar raya.

“Kami membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan bekalan produk kami untuk jualan mereka.

“Semestinya untuk harapan akan datang, kami mahu Fifbites akan dikenali bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia,” kata Ima lagi.

BBerkaitan

Latest articles