“Siapa Berunding Dengan Siapa Pun Saya Tak Tahu”

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang maklumat yang sampai ke pengetahuannya berhubung dakwaam rundingan antara Barisan Nasional (BN) dan PAS selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), demikian menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Wallahualam, siapa berunding dengan siapa saya tak tahu, tapi dengan saya tak ada,” katanya kepada pemberita selepas program bersama jentera BN Parlimen Tampin di Repah, hari ini.

Yang turut hadir, calon BN bagi kerusi Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa.

Terdahulu beberapa laporan media menyebut, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau yakin Perikatan Nasional (PN) dapat membentuk kerajaan selepas PRU-15 hasil gabungan dengan parti lain, terutamanya BN.

Namun Takiyuddin bertindak menafikan laporan tersebut hari ini sambil menegaskan, kenyataannya itu dilaporkan di luar konteks dan pada masa yang sama, tajuk yang digunakan mengelirukan pengundi.

BBerkaitan

Latest articles