Siapa Artis Popular Kena Tahan Cabul Remaja 17 Tahun?

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menahan seorang pelakon dan penyanyi popular selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada Selasa.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan mula berkenalan dengan selebriti terbabit di sebuah kafe yang juga tempat kerjanya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, selepas pertemuan itu suspek dan mangsa ada bertemu beberapa kali.

Siti Kamsiah berkata, suspek kemudiannya bertemu dengan mangsa di sebuah hotel sebelum kejadian tersebut berlaku. 

“Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.

“Suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Kata Siti Kamsiah kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

BBerkaitan

Latest articles