Sheffield United  tangguh kemaraan Manchester United kedudukan teratas liga

MANCHESTER: Turun dengan misi merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United tewas 2-1 oleh kelab tangga tercorot, Sheffield United di laman sendiri.

Anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer ketinggalan 0-1 menerusi tandukan Kean Bryan pada minit ke-23 namun Harry Maguire berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-64.

Namun jaringan pemain gantian, Oliver Burke, 16 minit sebelum tamat permainan memberi kemenangan sensasi buat Sheffield. Untuk rekod ini kali pertama pertama Sheffield menumpaskan United di Old Trafford sejak Disember 1973 iaitu 48 tahun lalu.

 

Bagaimanapun Skuad bimbingan Chris Wilder kekal di tangga tercorot dengan hanya mengutip lapan mata daripada 20 perlawanan.

 

United pula di tangga kedua dengan ketinggalan satu mata di belakang Manchester City.

Kekalahan Manchester United hanya menangguhkan sementara hasrat MU untuk merampas pendahulu Liga Perdana Inggeris.

 

BBerkaitan

Latest articles