Shahruddin Lepas Jawatan Timbalan Menteri

 

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya, berkuatkuasa hari ini.

“Ya betul saya meletakkan jawatan,” demikian memetik laporan BH.

Shahruddin merupakan Ahli Parlimen Sri Gading.

Awal hari ini surat peletakan jawatannya sebagai timbalan menteri tular di media sosial, dengan berkata dirinya ‘melakukan ijtihad politik yang kurang tepat’.

“Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat, iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri daripada kerajaan PN,” demikian memetik kandungan surat berkenaan.

Latest articles

Related articles

spot_img