Shafie: Warisan Pilihan Rakyat Sabah, Menang Paling Banyak Kerusi

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung semalam sebagai bukti rakyat masih memilih partinya untuk menerajui negeri itu.

GRS Menang PRN Sabah

Berucap di kediaman rasmi ketua menteri pada jam 1 pagi tadi, Shafie merujuk kepada jumlah kerusi yang dimenangi Warisan, iaitu di 29 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita dapat melihat bahawa dalam keputusan (PRN) ini satu parti tunggal yang paling besar dapat peroleh kerusi ialah Warisan iaitu 29 kerusi kita menangi.

“Jangan lupa keyakinan dan kepercayaan yang diberikan rakyat ini… kita akan teruskan dan kita tahu bahawa keadaan politik yang ada di negara kita tidak begitu stabil, begitu juga dengan keadaan yang kita lihat di bumi Sabah.

“Tetapi satu parti yang paling besar (paling banyak kerusi) adalah Warisan,” katanya.

Shafie, ketika ditemui pemberita sama ada Warisan dan parti-parti sekutu akan menggunakan alternatif lain untuk membentuk kerajaan negeri bagaimanapun tidak memberi jawapan jelas.

“Kami masih mengkaji keadaan dan prosesnya … Namun, (hakikatnya) satu-satunya parti terbesar adalah Warisan,” tambahnya.

Warisan Plus merupakan gabungan antara Warisan, DAP, PKR dan Upko menang di 32 kerusi DUN.

Pembahagian kemenangan gabungan politik itu menyaksikan Warisan menang di 23 kerusi, DAP yang menggunakan logo Warisan menang enam kerusi, diikuti PKR (3).

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini