Shafie Dakwa TYT Sudah Perakukan Surat Pembubaran Dewan Negeri Sabah

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

“Saya telah membuat keputusan untuk memohon kepada Tuan Yang Terutama untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri,” katanya pada sidang media hari ini, disambut laungan “Hidup Warisan!” daripada penyokong.

Shafie menjelaskan beliau berhak memohon pembubaran DUN dari segi undang-undang walau apapun sokongan yang didakwa dimiliki pembangkang.

“Saya berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju (pembubaran DUN Sabah).

“Perakuan ini bagi membolehkan pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 60 hari.

“Dari segi jumlah pun tidak ada persoalan, tapi yang penting kepada kita – kalau jumlah mereka katakan banyak sikit daripada kita – saya masih ketua menteri.”

” Saya boleh pujuk, saya boleh beli, tetapi inikah nilai YB-YB yang kita mahu mentadbir di negeri Sabah katanya lagi.

“Berikutan itu, cerita pasal apa saja angka dan nombor, angkat sana, angkat ini, DUN sudah terbubar,” katanya.

“Kita serahkan balik mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak membentuk kerajaan negeri yang baharu. Saya yakin rakyat akan membuat keputusan yang bijak

Mohd Shafie berkata, beliau kekal sebagai Ketua Menteri sehingga selesai pilihan raya negeri dikendalikan SPR.

 

 

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini