Shafie Dakwa Keputusan DOJ Halang Pendedahan Bukti Menghalang Keadilan untuk Najib Razak

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Peguam Utama Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafie Abdullah memaklumkan bahawa kini pasukannya mahu mendapatkan bukti penting berkaitan dakwaan rasuah yang melibatkan 1MDB, yang berpotensi membersihkan nama Bekas Pedana Menteri itu.

Katanya usaha ini dilakukan melalui permohonan di bawah Seksyen 1782 Perlembagaan Amerika Syarikat bagi mendapatkan bukti daripada mahkamah di New York.

Permohonan tersebut bertujuan untuk memanggil saksi utama seperti Tim Leissner, bekas eksekutif Goldman Sachs, dan dokumen berkaitan rasuah yang melibatkan pegawai 1MDB.

Mahkamah pada mulanya meluluskan permohonan tersebut, namun tindakan mengejutkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menghentikan pelaksanaan subpoena telah menghalang pendedahan bukti.

“DOJ telah menyekat maklumat ini daripada didedahkan, walaupun ia berpotensi membuktikan bahawa Datuk Seri Najib tidak bersalah,” kata Shafie melalui satu sidang media di perkarangan Mahkamah sebentar tadi.

2 kenyataan oleh Tan Sri Shafie Abdullah yang diedarkan kepada media

Statement on behalf of Dato Sri Najib – BM version

Statement on behalf of Dato Sri Najib – English

Jelasnya bukti daripada Roger Ng, bekas pegawai Goldman Sachs yang terlibat dalam kes berkaitan, juga menunjukkan bahawa Najib tidak terlibat secara langsung dalam sebarang konspirasi.

“Roger Ng dan peguamnya merasa wajib secara moral untuk mendedahkan bukti yang menunjukkan Datuk Seri Najib tidak bersalah. Namun, DOJ terus menghalang perkara ini atas alasan ia boleh menjejaskan kes lain,” katanya.

Shafie yang menyelar tindakan DOJ sebagai “hipokrasi tertinggi,” kerana mereka sering melaungkan keadilan dan hak asasi manusia, tetapi bertindak sebaliknya apabila melibatkan kes Najib.

“Bagaimana anda boleh menuntut keadilan jika maklumat yang mungkin membersihkan nama tertuduh disekat?

Tindakan ini tidak adil bukan sahaja kepada Najib, tetapi juga kepada prinsip keadilan itu sendiri,” tambahnya.

Tan Sri Shafie Abdullah menegaskan bahawa halangan terhadap pendedahan bukti oleh DOJ mencerminkan permainan politik yang mengorbankan prinsip keadilan.

Beliau menyeru agar semua pihak menghormati hak Najib untuk mendapatkan perbicaraan yang adil berdasarkan bukti yang sahih.

“Kami akan terus berjuang, bukan hanya untuk Datuk Seri Najib, tetapi demi memastikan sistem keadilan tidak digunakan untuk tujuan politik,” tegas Shafie.

BBerkaitan

Latest articles