More

    Shafie Dakwa Christina Keluar Dewan Sebab ‘Ada Urusan Luar’

    Dakwaan kononnya PKR tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dua hari lalu ditepis oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    “Tidak benar, dia (Christina) hanya keluar kerana ada urusan lain,” katanya.

    Terdahulu, beberapa pemimpin PKR termasuk Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew bertindak keluar dewan ketika pengumuman calon dibuat, didakwa kerana tidak berpuas hati dalam soal pembahagian kerusi.

    PKR dilaporkan meminta sebanyak 14 kerusi DUN Sabah untuk dipertandingkan.

    Sebaliknya parti itu hanya diberi 7 kerusi sahaja iaitu di Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api-Api, Klias dan Sook.

    Shafie, ketika menyampaikan ucapannya sebelum pengumuman calon Warisan Plus, Khamis lalu dipetik sebagai berkata, kemenangan adalah lebih penting daripada menegakkan maruah parti.

    Warisan Plus merupakan gabungan bersama rakan sekutu seperti Amanah, DAP, PKR dan Upko.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini