Shafie Apdal Dijadual Buat Sidang Media Selepas Selesai Mengadap TYT

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijadual mengadakan sidang media di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri,pagi ini.

Jemputan untuk menghadiri persidangan media pada pukul 10 pagi itu dihantar oleh pejabat Ketua Menteri menerusi aplikasi Whatsapp.

Difahamkan sidang media itu mempunyai kaitan dengan perkembangan politik semasa di Sabah, khususnya berhubung dakwaan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang beliau telah mendapat majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Semalam, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dalam satu sidang media di kediamannya kira-kira 6.30 petang mendakwa sudah memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri ini.

Dalam pada itu, dilaporkan Shafie Apdal telah  mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selama kira-kira setengah jam di Istana Negeri, pagi tadi.

Kira-kira lima kenderaan dengan satu daripadanya mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) mengiringi kenderaan Mohd Shafie, masuk ke Istana Negeri melalui pintu di Padang Merdeka, kira-kira jam 8.20 pagi, dan mereka dilihat keluar kira-kira setengah jam kemudian.

Menurut sumber , Musa Aman juga dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada bila-bila masa selepas mempunyai bilangan Adun yang mencukupi untuk menyokong beliau

Tular di media sosial mengenai senarai 33 Adun yang telah hadir ke kediaman rasminya malam tadi yang diantaranya adalah adun Kemambong -Jamawi Jaafar, Balung- Othman Jamal,dan  dua ADUN dilantik terdiri daripada parti DAP iaitu Ronnie Loh dan Jaffari Walliam dari PKR

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,873FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini