Shabudin Yahaya Dilantik Pengerusi Felcra

FELCRA Berhad hari ini mengumumkan pelantikan YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Ahli Parlimen Tasek Gelugor), selaku Pengerusi baharu syarikat korporat tersebut, berkuatkuasa 14 Mei 2020.

Beliau hadir berkunjung ke FELCRA Berhad pada 18 Mei 2020 dan telah disambut oleh YBhg. Encik Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif, serta barisan Pengurusan Kanan yang lain.

En. Mohd Nazrul Izam Mansor dipetik sebagai berkata: “Pelantikan YB Datuk Haji Shabudin Yahaya dialu-alukan seluruh Warga FELCRA Berhad dan
para peserta.

Kami penuh harapan agar ketokohan, keupayaan dan pengalaman luas YB Pengerusi, serta kemampuan beliau untuk menjiwai keperluan Rakyat akan menganjakkan usaha FELCRA Berhad ke tahap lebih tinggi, dalam merealisasikan visi dan misi Syarikat, seiring dengan aspirasi serta mandat membangunkan sosioekonomi peserta ke tahap terbaik.

Seluruh barisan Pengurusan serta warga FELCRA mengambil peluang mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini, dan beriltizam menyokong YB Datuk Haji Shabudin Yahaya dalam memacu persekitaran korporat yang cemerlang demi kejayaan dan kelestarian syarikat pada masa akan datang.

BBerkaitan

Latest articles