Setiausaha Agung dipecat, pecat Setiausaha Kerja Bersatu

Krisis kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semakin memuncak apabila Setiausaha Agung Datuk Marzuki Yahya yang dipecat mac lalu kini mengeluarkan surat memecat Setiausaha Kerja parti itu berkuat kuasa serta merta, semalam.

Ironisnya pada 26 Mac lalu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin melantik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung baharu parti itu.

Dalam surat pemecatan itu, dinyatakan Suhaimi dipecat kerana melanggar etika kerja dan Perlembagaan BERSATU dengan membuat keputusan berhubung pentadbiran parti serta mengeluarkan surat pemecatan keahlian tanpa pengetahuan dan tidak merujuk kepada Setiausaha Agung selaku Ketua Pentadbir Ibu Pejabat parti.

Dalam surat yang ditandatangannya itu, Marzuki menjelaskan pemecatan itu selaras dengan Perlembagaan BERSATU pindaan 2019, kaedah pemberhentian dan pemecatan ahli di bawah fasal 10 serta fasal 16.6.

Katanya, mengikut fasal 8, pendaftaran keahlian, semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli ialah di bawah bidang kuasa Setiausaha Agung.

Bagaimanapun Marzuki bukan lagi Setiausana Agung dan surat yang dikeluarkan oleh Kapten Muhammad Suhaimi Yahya Setiausaha Kerja Bersatu hanyalah surat pemakluman kedudukan keahlian sebagai Ahli PArti Pribumi Bersatu di bawah Fasal 10.2.2 Perlembagaan Parti terhenti serta-merta melalui pengakuan ahli parlimen Bersatu notis bertarikh 13 April dan 14 Mei 2020 menyatakan kedudukan kerusi di parlimen tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional dan menyertai blok pembangkang

BBerkaitan

Latest articles