Setahun Pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Tidak Ada Kes Menteri Terlibat Rasuah

KUALA LUMPUR: Tidak ada mana-mana menteri di bawah Kerajaan Perpaduan terkait dengan isu rasuah, demikian menurutnPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menyampaikan amanat di Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya malam ini, Anwar turut melahirkan perasaan berpuas hati dengan prestasi menteri kabinet.

Menyentuh rekod para menteri dalam isu rasiah, Anwar memberitahu pengesahan itu diperolehnya selepas membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa.

Antaranya menerusi laporan yang diterima minggu lalu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Memang rakan-rakan di sebelah sana (pembangkang) kata jemu dan mual, orang Kedah kata cemuih. Seolah-olah dua istilah menakutkan mereka.

“Tetapi percayalah Malaysia ini mempunyai potensi sangat besar untuk diangkat martabatnya kalau kita betulkan isu tatakelola dan hentikan amalan rasuah.

“Alhamdulillan rakan-rakan jemaah menteri dan pimpinan dalam Kerajaan Perpaduan telah sepakat apa yang berlaku masa lalu adalah sejarah lampau.

“Alhamdulillah sepanjang satu tahun dan kita pantau melalui SPRM saya bangga kerana keputusan kita ikut proses tatakelola dan tender bagi amaran keras tidak boleh kayakan diri dan keluarga mereka, seminggu yang lalu ditanya laporan SPRM dan LHDN, PDRM, pimpinan kita dapat bertahan supaya henti penyalahgunaan kuasa dah rasuah,” katanya.

Memasuki tahun kedua pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Anwar mahu pasukannya lebih agresif dalam membawa perubahan dan anjakan yang diperlukan berdasarkan kestabilan politik dimiliki negara ketika ini.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, perubahan itu bukan sahaja untuk menyelamatkan Malaysia malah mengangkat kembali martabat sebagai negara hebat di rantau ini.

BBerkaitan

Latest articles