Serangan Tanpa Henti Ke Atas Gaza, Biden Dakwa Israel Mula Hilang Sokongan

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata sekutunya,nIsrael mula kehilangan sokongan global susulan tindakannya yang sewenang-wenangnya mengebom Gaza.

Kenyataan itu merupakan kritikan lantang Biden kepada kepimpinan Israel.

Namun Biden telah menawarkan sokongan awam yang tidak berbelah bahagi kepada Israel sejak Hamas melancarkan serangannya pada 7 Oktober 2023.

Ketika beliau mengulangi kenyataan bahawa Israel boleh mengharapkan sokongan AS, tetapi Biden telah mengeluarkan amaran kepada kerajaannya.

“Keselamatan Israel boleh bergantung pada Amerika Syarikat, tetapi sekarang ia (Israel) mempunyai lebih banyak daripada Amerika Syarikat. Ia mempunyai Kesatuan Eropah, ia mempunyai Eropah, ia mempunyai sebahagian besar dunia.

“Tetapi Israel telah mula kehilangan sokongan itu ekoran pengeboman sembarangan yang berlaku,” katanya ketika berucap kepada penderma pada kempen pemilihan semula presiden pada tahun 2024 di Washington.

Biden, bagaimanapun, menambah bahawa “tiada persoalan mengenai keperluan untuk menentang Hamas” dan Israel mempunyai “segala hak” untuk berbuat demikian.

Pemimpin AS itu telah menghadapi tekanan yang semakin meningkat, termasuk dari dalam Parti Demokratnya sendiri untuk mengekang kempen ketenteraan Israel.

Kenyataannya sejajar dengan pendekatan pentadbirannya baru-baru ini terhadap perang, dengan menggesa Israel “mementingkan nyawa manusia” dan memberi arahan yang lebih jelas untuk membolehkan orang ramai mengelakkan konflik.

Rasa tidak puas dalam kalangan pegawai kanan pentadbiran AS juga semakin meningkat terhadap tindak balas tentera Israel.

Dalam satu kenyataan kemudian pada hari Selasa, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Israel telah menerima “sokongan penuh” AS untuk perang daratnya serta matlamatnya untuk memusnahkan Hamas dan mendapatkan semula tebusan.

Bahkan Netanyahu menambah, Washington telah menyekat “tekanan antarabangsa untuk menghentikan perang”.

“Ya, terdapat perselisihan pendapat mengenai serangan berterusan ke atas Hamas dan saya berharap kami akan mencapai persetujuan juga akhirnya,” ujarnya. – Agensi

BBerkaitan

Latest articles