“Serang Saya, Bukan Serang Sekolah”, Kata Najib Kepada Pua

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa hairannya terhadap Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang dilihat seperti tidak berpuas hati dengan lawatannya ke sebuah sekolah Cina, minggu lalu.

Najib mendakwa Pua menggunakan politik ugutan, selain membayangkan niatnya yang jahat untuk mengkritik sebuah sekolah berprestij.

Najib percaya kritikan pemimpin DAP itu tidak lebih sekadar meraih sokongan dalam pilihan raya.

“Jika ada masalah dengan saya, serang saya. Jangan serang lembaga pengelola sekolah yang telah melakukan tugas sebaiknya,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Pua, dalam satu kenyataan semalam

mengkritik lembaga pengelola sekolah Cina berkenaan kerana mempelawa Najib yang didakwa mempunyai pelbagai dakwaan di mahkamah.

Malah Pua turut menuntut pengelola sekolah itu dipecat dengan alasan beliau tidak berintegriti dan gagal menunjukkan teladan baik kepada pelajar.

Bagaimanapun, Najib berkata, ketika memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, beliau yang meluluskan pembangunan kampus sekolah itu di Kulai dan Bandar Seri Alam.

Beliau memutuskan untuk melawat kampus Bandar Seri Alam minggu lalu untuk melihat sendiri perkembangannya.

“Adakah salah apabila saya diminta berkongsi sepatah dua kata dengan fakulti serta pelajar berkenaan, selain melihat kemajuan dikecapi selepas pembukaannya tahun lalu?” soalnya.

Najib mendakwa serangan Pua terhadap sekolah itu jelas menunjukkan kekecewaan DAP yang sekian lama terpendam kerana ahlinya sendiri tidak dilantik ke lembaga sekolah antara paling dihormati di negara ini.

“Tony, teruskanlah tujukan tenaga dan perhatian terhadap saya. Tetapi biarkan sekolah itu dan warganya terus melaksanakan tugas mereka yang mulia itu.”

BBerkaitan

Latest articles