Seramai 6,000 Kakitangan KTMB Terima Bantuan Khas RM500

Berita baik untuk seramai 6,000 orang kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana kerajaan bersetuju memberikan kepada merea bantuan khas kewangan sebanyak RM500 secara one-off, demikian menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Beliau berkata bantuan khas berkenaan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank petugas bermula hari ini bersama dengan bayaran gaji bulan ini.

“Kementerian sememangnya peka dan prihatin dengan nasib yang menimpa warga KTMB ketika ini tambahan pula terpaksa berdepan dengan cabaran akibat pandemik Covid-19.

BACA JUGA – Enam Gerabak Tren Kargo Tergelincir Di Tanjung Malim 

“diharapkan pembayaran bantuan RM500 ini sedikit sebanyak dapat menceriakan warga KTMB khususnya bagi meraikan hari perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (KPPKTMB) merayu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk campur tangan dalam menangani isu kewangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ekoran kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan operasi kargo dan penumpang.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada 18 Mac lepas, jumlah penumpang KTMB menyusut hampir 80%, sekali gus menjejaskan aliran kewangannya.

Difahamkan, pihak pengurusan KTMB terpaksa membayar gaji sebanyak dua kali sebulan dan pembayaran terpaksa dibuat agak lewat berbanding sebelum ini. – TRI

BBerkaitan

Latest articles