KUALA LUMPUR: Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan seramai 342 banduan di seluruh negara membuat permohonan kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan supaya hukuman diringankan, ditangguh atau diberikan pengampunan penuh dari 2006 hingga 2024.
Jelasnya daripada jumlah itu, 106 banduan menerima pengampunan penuh.
“Manakala 44 banduan telah diringankan hukuman,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.
Terdahulu Ahli Parlimen Raub, Chow ayu Hui bertanyakan jumlah banduan yang memohon kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan supaya hukuman diringankan atau digantung setakat bulan lalu.
Dalam pada itu Azalina berkata, baki 192 permohonan ditolak.
Sementara itu Azalina turut menjelaskan tempoh menungguh keputusan terhadap permohonan itu bergantung kepada permohonan banduan dan kekerapan mesyuarat Lembaga Pengampunan.