Seperti PAS Dahulu, DAP Akan Perkudakan UMNO Untuk Ikut Kehendaknya

KUALA LUMPUR: Sejarah pahit yang pernah ditempuh PAS bersama DAP suatu ketika dahulu akan dilalui UMNO pada hari ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mendakwa sokongan DAP kepada UMNO hanya berlaku selagi mana pimpinan parti Melayu itu memenuhi apa sahaja kehendak parti cauvinis itu dalam kerjasama politik.

“Mereka (UMNO) kata DAP hari ini jujur, PAS tak jujur. Hang nak tengok, hang berkawan dengan DAP, sehari dua hari baru hang tau.

“DAP akan sokong kamu selagi kamu boleh ikut apa yang dia nak. Dia akan tinggalkan kamu apabila kamu tak ikut cakap dia,” katanya berucap pada Ceramah Perdana sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-69, malam tadi.

Bukan itu sahaja, DAP juga didakwanya akan menggunakan UMNO seperti mana yang cuba dilakukan terhadap PAS untuk mendapatkan sokongan orang Melayu Islam.

“DAP akan tunggang UMNO, dia tahu dulu dia nak supaya PAS ini dijadikan sebagai untuk nak kuasai orang Melayu melalui PAS.

“Kita tahu, nak cukupkan kerusi melalui Pas, tiba-tiba PAS tak boleh ikut apa dia nak, maka kita tengok dia nak kudakan PAN, jadi proksi dia, tak lama mana, PAN tak boleh, hilang pengaruh.

“Kita dapat lihat baru-baru ini 11 peratus sahaja mereka dapat sokongan daripada orang Melayu, dari 100 orang undi, 11 orang sahaja mereka dapat undi Melayu,” katanya lagi.

Menurut Idris, PAS boleh berkuasa dan memegang jawatan menteri jika tidak keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

“Kalau PAS ini kebulur sangat nak berkuasa, macam UMNO yang ada pada hari ini.

“Kalau kami juga nak menjadi menteri, nak berkuasa macam UMNO yang nak pada hari ini. Kalau kami juga nak jadi Menteri Besar, nak menjadi Exco, kami tak keluar dengan DAP, PH pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.

Sebaliknya, kata Idris PAS lebih memilih untuk meninggalkan DAP walaupun berisiko hilang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta kuasa dalam kerajaan.

“Pada PRU14 2018 kami meninggalkan DAP dalam Pakatan Rakyat, kami tahu, kalau kami tinggal, kami akan hilang kerusi, tapi kita rela tinggal apabila apa yang kita nak perjuangkan diganggu.

“Apa yang kita nak nyatakan dalam perjuangan kita, mereka sudah pun nak campur tangan, maka pada waktu itu kita tarik hand brake,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles