Separuh Bahagian SUV Hampir Terjatuh Dari Tingkat 3

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) nyaris terjatuh dari tingkat tiga bangunan parkir Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, selepas dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pagar besi dan sebahagian dinding konkrit dalam kejadian tengah hari tadi.

Rakaman video dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan bahagian hadapan SUV jenis Honda WR-V itu, termasuk tayarnya, terkeluar dari struktur bangunan, mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Insiden tersebut menggemparkan saksi di lokasi, dengan beberapa individu mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat sewaktu kejadian berlaku.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau punca sebenar kemalangan.

Kata sumber, laporan kejadian diterima pada jam 2.25 petang dan pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati pemandu kereta terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun terselamat.

“Mangsa (pemandu) selamat dan berjaya keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba sampai ke tempat kejadian,” kata sumber berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles