Sepanyol Benarkan Penukaran Jantina Untuk Yang Berumur 16 Tahun Ke Atas

Sepanyol telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang membenarkan penukaran jantina bagi individu berumur 16 tahun ke atas tanpa sebarang penilaian perubatan.

Menurut laporan media antarabangsa, RUU itu diluluskan dengan 118 undi menyokong dan 150 undi menentang, dan kini berpindah ke Senat untuk keputusan akhir.

Jika diluluskan, sesiapa sahaja dari kanak-kanak berumur 16 tahun boleh menukar jantina dengan ditemani ibu bapa atau penjaga sah, namun mesti disahkan tiga bulan kemudian. Manakala kanak-kanak bawah umur 12 dan 13 tahun perlu memohon kebenaran daripada hakim.

Dalam pada itu, sehingga kini, individu yang ingin menukar jantina di Sepanyol perlu melakukan diagnosis perubatan disforia jantina, iaitu keadaan psikologi yang merasakan ketidakpadanan antara jantina biologi seseorang dan identiti jantina mereka.

Bukan itu sahaja, mereka juga dikehendaki menunjukkan bukti rawatan hormon selama dua tahun.

Bagaimanapun, langkah itu telah memecahbelahkan gerakan feminis negara tersebut sekali gus mengundang kritikan.

Seorang pengkritik berkata, RUU berkenaan akan membuka peluang kepada penderaan, berupaya mengancam hak wanita, membenarkan lelaki mengenal pasti diri sebagai seorang wanita semata-mata untuk bersaing dalam sukan wanita dan permintaan untuk pindah ke penjara wanita.

Mengulas lanjut, sembilan negara Eropah telah pun menggunakan sistem pengisytiharan diri untuk pengiktirafan jantina sah termasuk Ireland, Norway, Denmark, Portugal dan Switzerland.

BBerkaitan

Latest articles