Sepanjang ‘Bebas’, Long Tiger Rancang Lari Ke Negara Jiran

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu bahawa Long Tiger dalam usaha melarikan diri ke negara jiran sebelum ditangkap di sebuah rumah di Kedah semalam, menerusi satu operasi khas.

Suspek warga Rohingya itu bersembunyi di sebuah rumah pondan yang dikenalinya melalui laman Facebook pada pada tahun 2020.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, difahamkan turut dibantu dua individu lain melarikan diri ke Kedah.

“Hasil siasatan yang dijalankan dijalankan, antara pukul 7.25 malam  hingga 3 pagi tadi polis telah membuat dua lagi tangkapan di sekitar Batu Pahat  melibatkan mereka yang dipercayai bersengkongkol,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Ayob, suspek berusia 36 dan 38 tahun dan salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah dadah.

“Turut dirampas sepasang gari, kedua-dua suspek itu dipercayai membantu suspek dengan memotong gari tangannya selain membeli kad sim sebelum melarikan diri ke utara.

“Kita percaya Long Tiger yang melarikan diri ke Kedah dalam perjalanan keluar dari negara ini, sama ada ke Thailand dan Indonesia,” katanya.

Semalam, Long Tiger yang berjaya ditahan selepas lolos dari penjara selama 13 hari, selepas menyembunyikan diri di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil, Kedah.

Dalam operasi khas jam 3 petang itu, Long Tiger dikesan sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun tergelincir jatuh di lantai dapur rumah.

Selain itu, dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan kecuaian yang menyebabkan tahanan itu melarikan diri.

BBerkaitan

Latest articles