Seorang Terbunuh, 4 Terbunuh Dalam Insiden Di Morib

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut, manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan di kawasan perairan berhampiran Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa identiti mangsa yang terbunuh belum dikenalpasti, manakala empat mangsa lain dipercayai warga Indonesia.

“Mangsa terdiri daripada lima lelaki, di mana seorang disahkan maut di lokasi kejadian, sementara empat lagi mengalami kecederaan. Seorang mangsa dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut, dan tiga lagi sedang dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang,” katanya Lapor Portal Berita Harian

Katanya, mangsa cedera dipercayai warga Indonesia manakala identiti lelaki yang maut belum dikenal pasti.

“Seorang yang cedera dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut manakala tiga lagi sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah di Serdang,” katanya.

Hussein berkata, buat masa ini kes masih dalam siasatan lanjut polis Kuala Langat dan Sepang.

BBerkaitan

Latest articles