Seorang Pemimpin Sayap PKR Bakal Keluar Parti Petang Ini?

Arus Perubahan politik kini bakal menggegarkan negeri Selangor selepas tersebar ura-ura seorang pemimpin kanan sayap sebuah parti yang juga seorang Adun dan EXCO Kerajaan Negeri bertindak keluar dari Parti PKR petang ni

Menurut laporan portal FMT, pemimpin itu yang juga seorang Adun Selangor kecewa dengan kepimpinan Anwar Ibrahim yang menyaksikan beberapa penyokong bekas timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali disingkirkan daripada parti berkenaan baru-baru ini.

Keputusan pemimpin itu meninggalkan PKR dijangka memberi kesan kepada sayap Wanita parti itu yang ketika ini dilihat sedikit tempang susulan keputusan parti menggantung Ketua Wanitanya, Haniza Mohd Talha sejak April lalu.

Menurut sumber portal itu lagi difahamkan beberapa ahli di peringkat bahagian dan cawangan akan mengikut jejak pemimpin terbabit keluar parti, tindakan yang dilihat akan memberikan kesan kepada PKR di peringkat akar umbi

Pada 5 Jun lalu, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @Jugah anak Muyang mengumumkan keluar parti disebabkan masalah dalaman Pakatan Harapan dan kejatuhan kerajaan gabungan itu susulan peletakan jawatan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad akhir Februari lalu.

Ia menyusul tindakan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian meninggalkan parti pada Februari lalu dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PBS) pada 30 Mei lalu.

BBerkaitan

Latest articles