Seorang lagi Saksi SPRM dilaporkan Mati Ketika dalam tahanan ?

KUALA LUMPUR: Walaupun selepas 14 tahun berlalu, kes kematian Teoh Beng Hock – yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu,  masih belum diselesaikan.

Terkini seorang lagi saksi berkaitan siasatan SPRM ditemui mati dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan kejadian itu berlaku di ibu pejabat agensi penguat kuasa terbabit di Putrajaya.

Suspek itu merupakan seorang lelaki berusia 50-an dan berada dalam tahanan SPRM kurang dari 24 jam selepas dia diberkas.

Butiran mengenai insiden itu belum jelas manakala polis pula menutup mulut.

Memetik laporan portal Sabah Big Mouth Saksi berbangsa Cina itu dikatakan mempunyai latar belakang sakit jantung dilaporkan didera dan diberi tekanan dalam siasatan.

Siasatan menunjukkan terdapat kesan lebam di badan saksi yang mati itu. Bagaimanapun gambar saksi tidak dapat didedahkan.

Polis sedang menyiasat kes ini sama ada mati mengejut, bunuh diri atau kecuaian pegawai siasatan SPRM.

Menurut laporan portal itu lagi Kematian saksi ini akan menjadi kes kedua Kegagalan Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Hishamuddin Hashim dalam menyelesaikan siasatan kes, seperti kematian Teoh Beng Hock yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu 14 tahun lalu.

Dan menurut sumber portal itu lagi, pihak pdrm telah membuat tangkapan terhadap pegawai SPRM iaitu seorang ketua Cawangan SPRM di  Raub

Sementara itu, portal Malaysiakini melaporkan mereka berjaya mendapatkan pengesahan kejadian tersebut daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang menyatakan suspek meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Menurut Azam, lelaki itu ditahan malam semalam bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram yang ada kaitan dengan aktiviti pelombongan mineral tanpa lesen di Pahang.

Katanya lelaki terbabit merupakan seorang daripada tiga suspek yang ditahan SPRM.

“Semasa siasatan pagi ini, pegawai kami mendapati lelaki itu tidak sihat dan dia terus dibawa ke hospital.

“Suspek terbabit kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya

Sementara itu, difahamkan mayat terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Menurut sumber, bedah siasat ke atas mayat akan dijalankan pagi esok.

BBerkaitan

Latest articles