Senarai Ahli Parlimen Yang Menyokong Adalah Urusan Bersama Agong

Sesi memberi keterangan kepada pihak polis di Bukit Aman turut memintanya untuk mengemukakan nama-nama ahli parlimen yang menyokongnya dalam pembentukan sebuah kerajaan baru, demikian menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar bagaimanapun mengambil pendirian untuk tidak mendedahkannya sebaliknya mengatakan bahawa urusan tersebut hanya melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan bukan di bawah bidang kuasa polis.

“Saya dah ditemubual ada enam kes terhadap saya umumnya menjurus kepada mereka memohon supaya nama-nama ahli parlimen sokong saya diberikan.

“Saya berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam semua siasatan ini.

“[…] dan saya beritahu urusan setakat ini untuk persembahkan kepada Agong bukan urusan pihak polis dan pihak politik kementerian dalam negeri yang arahkan polis untuk mengetahui nama-nama,” katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu hadir di ibu pejabat polis pada jam 3 petang dan selesai memberi keterangan pada jam 5 petang.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed mengesahkan Anwar diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Katanya. siasatan kes telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...