More

    Semua Pihak Kena Pandang Berat Isu ‘Sugar Baby’

    Kementerian Pengajian Tinggi digesa memandang serius laporang yang mendakwa siswa Malaysia berada pada kedudukan tertinggi di Asia mendapatkan khidmat ‘sugar daddy’.

    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kebimbangannya terhadap masalah sosial di kalangan pelajar universiti.

    “Mungkin disebabkan desakan hidup dan ekonomi ekoran pandemik Covid-19 punca utama mahasiswa terbabit bertindak sedemikian,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

    Gaya hidup berkenaan bukan sahaja

    memperlihatkan keruntuhan moral, malah menurut Zahid ia sekaligus bertentangan dengan hukum syarak bagi mereka yang beragama Islam.

    “Saya tidak berhasrat mencari salah sesiapa dalam soal ini kerana yang paling utama menyelamatkan generasi masa depan negara ini.

    “Namun laporan media menyebut peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran mahasiswa mencari ‘sugar daddy’ berlaku selepas PKP 1.0, PKPB, PKPP dan PKP 2.O.

    “Oleh itu, saya berharap Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) cakna perkara ini dan saya sendiri akan berkomunikasi dengan (Menterinya) Dr Noraini Ahmad,” katanya lagi.

    Begitu juga peranan pihak agama untuk menyiasat dan menyelamatkan pelajar yang beragama Islam.

    “Jika benar disebabkan desakan wang, JAKIM, Jabatan Agama Islam negeri, pusat zakat dan baitulmal mungkin boleh menyalurkan bantuan kewangan.

    “Bantu mahasiswa dan jangan biarkan

    Isu pelajar IPTA dan IPTS menjadi ‘sugar baby’ timbul susulan dakwaan aplikasi ‘dating’ atas talian, Sugarbook yang diasaskan di Malaysia dikatakan menghubungi “sugar daddy” atau “sugar mommy” dengan “sugar baby” di seluruh Asia.

    Istilah “sugar daddy” atau “sugar mommy” biasanya merupakan lelaki atau perempuan yang berusia yang menawarkan wang, hadiah atau habuan lain kepada temannya yang lebih muda – “sugar baby” – sebagai pertukaran kepada perhubungan.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini