Sembang Intim: Agus Dakwa Dirinya Diperangkap, Video Sengaja Disunting

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengesahkan lelaki di dalam video yang tular dengan perbualan intim bersama seorang lelaki adalah dirinya.

Bagaimanapun beliau mendakwa dirinya diperangkap oleh pihak tertentu kerana mahu menjatuhkan kredibilitinya.

Dr Agus juga berkata lelaki yang dikaitkan di dalam video yang tular sejak semalam itu adalah Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

“Saya ingin katakan bahawa video itu suatu yang doctored, satu yang edited (disunting), saya yang diframe (diperangkap),” katanya pada sidang media malam ini di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi malam ini.

Dalam pada itu, Dr Agus turut mengesahkan dua individu dalam video tular berkenaan adalah dirinya dan Wahab.

“Dialah yang bersama saya dalam video itu di sebelah Wahab,” katanya.

Dalam sidang media yang sama juga, Dr Agus percaya tindakan penyebaran khabar palsu itu dilakukan seorang individu bergelar Mr. H untuk menjatuhkan kredibiliti beliau.

“Apa yang hendak saya katakan, (kandungan audio dalam) video itu pertamanya saya nafikan,” katanya.

Malah beliau mendakwa ada pihak yang tidak senang dengan beliau dan jawatan yang disandangnya dalam J-KOM.

Sementara itu Dr Agus memaklumkan, pihaknya telah membuat satu laporan polis petang tadi di Kajang, dalam usaha membersihkan maruahnya.

Malah beliau akan menghantar surat tuntutan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan video yang sama.

“Kita telah belajar bagaimana seseorang itu dijatuhkan dengan tuduhan seksual dan ini berlaku kepada saya,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles