Semarak Semangat Kemerdekaan Bersama Reezal Merican

KUALA LUMPUR: Pelbagai acara kemerdekaan mula dianjurkan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, sempena Hari Merdeka ke-66.

Selain membaca hal berkenaan sejarah negara, anak-anak muda hari ini perlu dipupuk semangat cintakan negara dengn aktiviti-aktiviti yang menarik.

Menurut Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dengan menganjurkan Program Merdeka @ Komuniti di Perkarangan Masjid Jamek Permatang Kuang anjuran kariah masjid bersempena bulan Kemerdekaan pada 27 Julai 2023.

Lebih menarik, mereka yang hadir juga bolej bersantai sambil menonton wayang pacak filem ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’.

“Ada juga permainan untuk anak-anak dan semua yang hadir, seronok depa dapat Jalur Gemilang pastu nyanyi ramai-ramai sambil kibar bendera!

“Semoga semangat kemerdekaan takkan pernah luntur dari jiwa dan sanubari anak-anak kecil ini, agar tetap sayang akan tanah air tercinta,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles