Semangat ‘Party-man’ Perlu Ada Dalam Setiap Diri Ahli UMNO

KUALA LUMPUR: Barisan pertahanan parti perlu diperkuatkan dari serangan mereka yang berada di luar, malah di dalam UMNO itu sendiri, tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sehubungan itu, adalah penting untuk setiap ahli mempunyai semangat ’party-man’, supaya dapat menangkis ancaman musuh.

”Kita mesti menjadi party-man, yang mana kepentingan parti melebihi kepentingan sendiri.

“Bagi memastikan UMNO terus bangkit, kekuatan jiwa ’party man’ penting dalam merapatkan kembali saf kepimpinan terutamanya menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,” katanya selepas sesi ‘Townhall Penerangan UMNO’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bersama ketiga-tiga Naib Presiden UMNO, semalam.

Sesi ‘townhall’ itu dikendalikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said selaku moderator sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Manakala dua lagi panel sepentas Naib Presiden parti bersama Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

BBerkaitan

Latest articles