Semakin Ramai Pihak Tuntut Ahli Parlimen Kuala Langat Disiasat

Lebih ramai pihak NGO dan Badan Politik hari ini membuat laporan Polis ke atas Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar susulan kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan dan provokasi terhadap sidang Parlimen yang berlangsung Isnin lepas.

Menerusi Laman Facebook, Seorang warga Parlimen Kuala Langat bersama dengan  gabungan parti sahsiah MN & BN diketuai YB ADUN Pas Sijangkang, YB Dato’ Dr Ahmad Khairi Yunus dan Ketua UMNO Bhg Kuala Langat Tuan Zurihan Yusop, serta beberapa NGO di bawah MBD Kuala Langat telah membuat 9 repot polis terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat itu.


baca :- SERI PADUKA PERINCIKAN KRISIS POLITIK TERCETUS KERANA DR MAHATHIR YANG LETAK JAWATAN PM

Dalam pada itu Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, kita sudah menerima 33 laporan seluruh negara berhubung dakwaan itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya seperti yang dilaporkan portal bernama.

Pada Isnin lepas, menerusi satu video berdurasi selama hampir tiga minit, Ahli Parlimen Kuala Langat telah mengeluarkan kenyataan akan pendapatnya mengenai sidang sehari itu dan kerajaan.

 

BBerkaitan

Latest articles