Semakin Pulih, Tun M Dibenar Keluar IJN Tak Lama Lagi

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin pulih dan dijangka dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) dalam tempoh beberapa hari lagi.

IJN, dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap Dr Mahathir berpuas hati dengan keputusan ujian yang dijalankan.

“Tun Dr Mahathir sudah menjalani semua pemeriksaan kesihatan yang diperlukan selepas dimasukkan ke IJN,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama juga, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau.

Untuk rekod, pada 16 Disember lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.

BBerkaitan

Latest articles