Selesai Disiasat, Chegubard Sudah Dibebaskan

KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia yang juga aktivis Bersatu, Badrul Hisham Shaharin telah dibebaskan pada pukul 2.15 pagi tadi.

Badrul Hisham, atau lebih dikenali sebagai Chegubard dibebaskan oleh polis selepas selesai dirakam keterangan untuk enam kertas siasatan yang dibuka terhadapnya.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menerusi laman sesawang Facebook peribadinya pada hari ini.

“Alhamdulillah CikguBard dibebaskan pagi ini jam 2.15 selepas diambil keterangan.

“Jalan terus! Selamatkan Malaysia,” katanya secara ringkas.

Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain menerusi sidang media 9.30 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengesahkan sepasukan polis telah membuat tangkapan ke atas Chegu Bard di Jalan Raja Laut pada jam 8 malam tadi.

Katanya, tangkapan Chegu Bard tidak ada kaitan dengan penganjuran Himpunan Aman Selamatkan Malaysia Sabtu ini.

Sebaliknya kata beliau, Chegu Bard ditahan kerana keengganan serta kegagalannya untuk bekerjasama dengan polis untuk menghadirkan diri bagi merakam percakapan berhubung enam kertas siasatan termasuk membabitkan isu Ambalat.

BBerkaitan

Latest articles