KUALA LUMPUR: Tan Sri Noh Omar mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor.
Noh memaklumkan, perletakan jawatan beliau adalah disebabkan beliau telah hilang kepercayaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya dilantik oleh presiden. Saya lihat dalam PRU lepas presiden sudah hilang kepercayaan kepada saya.
“Saya nak umumkan hari ini bahawa saya dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai pengerusi perhubungan UMNO Negeri Selangor kerana bukan saja Presiden tidak percaya kepada saya, saya juga sudah hilang kepercayaan kepada presiden,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pemberita di lobi Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Noh Omar turut menggesa Presiden untuk meletakkan jawatan sebagai presiden dan pengerusi parti.
“Saya pun tadi minta kalau presiden (Ahmad Zahid) ni berjiwa besar dia patut letak jawatan sebagaimana dulu Datuk Seri Najib bila kalah dia dipaksa letak jawatan makan biarlah orang baru yang menguruskan Umni ini,” katanya.
Terdahulu, hari ini Shahril Hamdan dalam satu kenyataan turut mengumumkan perletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Perangan UMNO