Selepas Sepentas, Abdul Hadi Kata Tun M ‘Kembali Ke Pangkal Jalan’

KUALA LUMPUR: Penampilan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di program PAS baru-baru ini taj perlu dipandang janggal, demikian menurut Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang,

Bahkan PAS menyifatkan Dr Mahathir ‘kembali ke pangkal perjuangan’ apabila bersama-sama parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

Malah kata Abdul Hadi, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu pernah bersama parti itu sebelum ini.

“Ahli PAS ialah Melayu yang tidak lupa. Sebenarnya Tun Mahathir pernah berada di atas pentas PAS ketika beliau dipecat daripada UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kapar di Selangor selepas peristiwa 13 Mei 1969.

“Sebelumnya, beliau bersama PAS menentang pelaksanaan jus soli,” kata Abdul Hadi.

Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada laporan media baru-baru ini yang menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran Dr Mahathir di pentas dengan PAS baru-baru ini sebagai sedang terdesak.

Menurut Anwar, Dr Mahathir ketika memegang kuasa ‘sangat kejam’ terhadap PAS dan penyokong parti itu termasuk peristiwa berdarah Memali.

Bagaimanapum Abdul Hadi mendakwa Anwar juga pernah bersama-sama Dr Mahathir di dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

“Selepas dia menyertai UMNO dan memberi rupa Islam dan wajahnya kepada UMNO bagi menghadapi pengaruh PAS yang kembali bangkit selepas kehilangan Kelantan sebelumnya.

“Bersama topeng Islamisasinya, Anwar berkempen di seluruh dunia Islam dan kepada NGO Islam dengan mewajahkan PAS sebagai sebuah parti pelampau bagi membunuh pengaruh PAS,” dakwa Abdul Hadi.

Menerusumi kenyataan yang sama, Abdul Hadi mendakwa Anwar pernah berusaha untuk menguasai UMNO untuk mendapatkan kuasa sehinggalah dia dipecat.

Kemudian itulah menyebabkan Anwar bekerjasama dengan DAP melalui beberapa gabungan politik.

Bukan itu sahaja Abdul Hadi juga mendakwa Anwar memasukkan pengikutnya ke dalam UMNO dan memecahkan parti itu kepada kumpulan yang lari daripada landasan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

“Kini, dia sendiri mendedahkan peranannya dalam melumpuhkan politik Melayu dan Islam serta menguatkan DAP. Apabila DAP meletakkannya menjadi poster boy bagi kumpulannya, ia menjadi bukti kepada tujuan tersebut.

“Tun Dr Mahathir kembali ke pangkal perjuangannya, Anwar pula meneruskan perjalanannya.”

BBerkaitan

Latest articles