Selepas PKR, Kini Bersatu Pro Mahathir Pula Nak Letak Calon Di PRK Slim

Bekas setiausaha agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya bersedia meletakkan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, meskipun menyedari PKR sedari awal mahu berbuat demikian.

Malah sekumpulan bekas pemimpin dan ahli Bersatu yang memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad juga mahu mengadakan perbincangan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk mencapai kata sepakat berkenaan peletakan calon.

“Kami belum buat keputusan lagi buat masa ini tetapi ada juga cadangan untuk kami letakkan calon.

“Tapi perkara ni kita akan bincang juga dengan rakan-rakan PH dan kami rasa terlalu awal untuk buat sebarang pengumuman,” demikian memetik laporan Malaysiakini.

Kelmarin, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memberitahu bahawa mereka akan meletakkan calon di PRK berkenaan.

Mengambil kira hal itu, Marzuki dalam masa sama berkata kumpulannya terbuka jika ada dua calon pembangkang di dalam PRK Slim.

Katanya, jika mengikut pembahagian kerusi ketika PRU14 yang lalu, DUN Slim diperuntukkan kepada Bersatu dan bukannya PKR.

“Kalau mereka masih nak letakkan calon dan kita nak letakkan calon, kita lawanlah walaupun sama-sama pembangkang.

“Dalam PRK Chini, kerusi itu sepatutnya untuk PKR tapi mengapa PKR tak bertanding?

“Tiba-tiba di Slim ni PKR nak bertanding… terlalu awal buat keputusan nak bertanding,” ujar bekas timbalan menteri luar itu.

Untuk rekod, kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya, Datuk Khusairi Abdul Talib, 51, meninggal dunia di Hospital Bentong, akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Khusairi merupakan wakil rakyat di kawasan berkenaan sejak tahun 2004, dan menang pada PRU14 yang lalu dengan undi sebanyak 8,327.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,867FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini