Selepas PKP, penyertaan kejohanan Taekwondo peringkat ASEAN memberangsangkan

KUALA LUMPUR, Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) berkata penyertaan peserta-peserta dalam kejohanan Taekwondo peringkat ASEAN yang berlangsung selama 3 hari yang berakhir hari ini amat memberangsangkan.

Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA), Dato Sri Nik Aswan Nik Abdul Aziz berkata seramai 250 penyertaan diterima dalam kejohanan itu yang disertai peserta dari sekolah, kelab dan persatuan dari negara ASEAN seperti Indonesia, Nepal dan India.

“250 penyertaan sekolah-sekolah, kelab-kelab dan persatuan-persatuan ini amat memberangsangkan selepas pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita hadapi hampir lebih 2 tahun ini.

“Saya dapat saksikan kejohanan ini mendapat penerimaan yang baik dan amat positif,” katanya pada sidang media di Stadium Titiwangsa.

Beliau berkata demikian mengulas kejohanan “3rd Gewinn Asean School and Open International Taekwondo Championship anjuran Kelab Taekwondo AELMA.

Dalam pada itu, Nik Aswan berkata dalam kejohanan ini, walaupun dalam Endemik Covid-19, pihaknya masih menetapkan nilai-nilai keselamatan dan kebersihan.

Katanya, pihaknya juga menetapkan disiplin-disiplin para atlet yang tinggi dalam kejohanan ini.

“Kita terapkan nilai-nilai penjarakkan sosial dan kebersihan. Kita juga menetapkan disiplin-disiplin para atlet memiliki disiplin tahap tinggi dan jaga batas-batas dalam kejohanan takewando ini,” katanya.

Tambah Nik Aswan lagi beliau berterima kasih kepada peserta-peserta luar Malaysia yang menyertai kejohanan ini.

Beliau juga memuji pihak penganjur yang menyediakan tempat kejohanan yang amat bersih.

Katanya, kejohanan 3 hari ini disertai peserta berumum antara 6 hingga 18 tahun

-Tamat-

BBerkaitan

Latest articles