Selepas Muhyiddin, Kini Pengundi Gambir Kembali Sedia Menangkan BN

TANGKAK: Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Sahrihan Jani nekad  tidak akan menggunakan pendekatan ceramah menyentuh peribadi calon oleh pihak lawan.

Tegasnya, rakyat tidak lagi perlu dihidangkan dengan strategi buruk pihak lawan semata-mata untuk meraih undi.

Untuk rekod, DUN Gambir dimenangi Tan Sri Muhyiddin Yassin pada PRU14 yang lalu, yang ketika itu bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

Muhyiddin menang kerusi DUN Gambir dengan majoriti 3,088 undi menewaskan calon BN, Datuk M. Asojan dan calon PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Asojan merupakan bekas ADUN Gambir bagi kawasan Parlimen Ledang selama tiga penggal sebelum tewas pada PRU14.

“Saya fikir itu adalah pendekatan politik lapuk dan rakyat tidak lagi dihidangkan dengan cara politik kotor seperti itu, rakyat nak melihat parti mana yang boleh membawa pembaharuan dan kebaikan kepada mereka.

“Sepatutnya rakyat hari ini tidak lagi dihidangkan dengan cerita politik tahun 1980-an. Kita perlu menyatakan misi dan visi kita apa yang kita boleh bantu rakyat bila kita menang.

“Kalau nak berkempen sedemikan terpulang kepada pada penilaian masyarakat tapi saya di sini setakat ini saya tidak pernah menyerang peribadi calon mahu pun mana-mana parti malah dalam ucapan saya merekodkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jasa yang telah dilakukan di Bukit Gambir tapi medan pertempuran kini dibuka,” katanya lagi.

Sahrihan, dalam masa yang sama yakin kemenangan di DUN Gambir boleh kembali memihak kepada BN, berdasarkan sokongan para pengundi di sana.

Ujarnya sehingga kini tiada respon negatif yang dilemparkan kepadanya sejak mula berkempen pada 26 Februari lalu.

“Dalam UMNO saya dididik untuk berbakti dan menyemai jasa kepada rakyat dan itu kita laksanakan. Saya tak nampak pula respon yang negatif daripada mereka.

“Mereka suka dan teruja apabila calon baharu itu ditampilkan dan saya adalah anak tempatan dan anak jati yang lahir di sini dan membesar di sini.

“Saya dapat mengenali mereka dan saya dapat memahami dengan lebih mendalam denyut nadi mereka,” katanya memetik Malaysia Gazette sekitar siri kempen, hari ini.

Sahrihan, yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Ledang memberitahu, sepanjang tempoh berkempen, ia merupakan situasi yang menyeronokkan kepadanya dan jenteranya.

Ini peluang untuk beliau menyantuni setiap pengundi DUN Gambir dalam misi untuk meraih undi daripada masyarakat sekitar kawasan ini.

“Ini adalah tempoh yang paling menyeronokkan untuk saya kerana saya adapat berjumpa dengan ramai pengundi dan setakat ini respon yang saya dapat sangat positif.

“Salah satunya mereka teruja sebab ini kali pertama BN menurunkan calon UMNO tukar dengan MIC.

“Anak-anak muda juga nampak gembira apabila calon muda ditampilkan di DUN Gambir ini, jadi respon positif yang saya dapat daripada kempen selama lapan hari,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles