Selepas Muhyiddin, Ahmad Zahid Tuntut Permohonan Maaf Tun M Pula

KUALA LUMPUR: Susulan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya wujud cubaan menghentikan siasatan kes rasuah terhadapnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menuntut bekas Perdana Menteri itu memohon maaf atas tuduhan tersebut.

Ahmad Zahid turut menyifatkan dakwaan Dr Mahathir itu sebagai suatu pembohongan.

Sehubungan itu beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan itu kepada Dr Mahathir.

“Letter of demand (LOD) itu untuk dia (Dr Mahathir) memohon maaf atas pembohongannya.

“Saya tidak pernah sekali pun meminta kepada Dr Mahathir supaya siasatan kes rasuah dihentikan,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsi menerusi media sosial, hari ini.

Terdahulu pada awal hari ini,

Dr Mahathir Ahmad Zahid pernah bertemunya meminta supaya siasatan kes

rasuah terhadapnya dihentikan.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pejuang mendakwa, pertemuan itu berlaku ketika ada ura-ura bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri.

Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Langkawi itu, Ahmad Zahid berkata, beliau dijemput bersama dengan presiden-presiden parti lain oleh Dr Mahathir untuk menyokongnya bagi membentuk kerajaan perpaduan.

“Mana mungkin saya minta digugurkan tuduhan di hadapan ramai. Saya tidak pernah sekalipun meminta Dr Mahathir untuk berbuat demikian.

“Ini kerana ketika itu saya adalah Timbalan Perdana Menteri dan tiada sebarang siasatan rasuah, jauh sekali dikenakan pertuduhan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles