Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu tempat ke satu tempat bagi mengelakkan dirinya dikesan dari pihak berkuasa,

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata suspek yang juga koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China ditahan selepas pihaknya menjalankan risikan bagi mengesannya sejak 12 Oktober lalu.

Turut ditahan bersama lelaki itu adalah seorang wanita warga China yang dipercayai teman wanitanya,

Alvin sebelum ini bertindak melarikan diri Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober lalu dengan bertindak memanjat pagar bangunan berkenaan.

“Alvin ditahan pada jam 1.20 pagi bersama wanita warga asing dipercayai kekasihnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di luar Lembah Klang.

“Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 117,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

“Kita juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti bagaimanakah dia dapat melarikan diri termasuk dakwaan kononnya dibantu pihak tertentu,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini