Selepas Dipecat UMNO, TMJ ‘Offer’ Kerja Buat KJ

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bakal dipegang oleh Khairy Jamaluddin.

TMJ memuat naik gambar bersama Khairy Jamaluddin di Twitter baginda dengan mengatakan bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal memegang jawatan penting dalam kelabnya.

Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya juga, Tunku Ismail seakan-akan memberi bayangan bahawa Khairy bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.

“Bakal CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) JDT dan penasihat belia Johor,” tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar beliau bersama Khairy.

Kenyataan Tunku Ismail itu menghangatkan lagi suasana ketika Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dilaporkan dipecat dari parti itu.

Bagaimanapun tidak mustahil bayangan yang diberikan Tunku Ismail itu menjadi kenyataan dengan Khairy dilihat memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang tinggi selain berpengalaman sebagai Menteri Belia dan Sukan.

BBerkaitan

Latest articles