Selepas Dikritik, SM Faisal Mohon Maaf

Selepas dikritik hebat akhirnya, Pengerusi Eksekutif Naza World, SM Faisal SM Nasimuddin terpaksa memohon maaf secara terbuka menerusi akaun Instagramnya.

Selepas status di dalam instagram story beliau mengenai kakitangan awam tersebar luas, SM Faisal memohon maaf dan menyatakan beliau tidak berniat menyinggung mana-mana pihak menerusi undian online berkenaan.

Jelasnya, beliau menyokong segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memerangi wabak covid-19.

Ia gara-gara status dalam Instragram stori yang dibuat oleh beliau mengenai gaji penjawat awam, sekali gus menyebabkan ramai yang tersinggung.

“The government has shutdown your ability to earn a living & taken away our freedom but every government employee and every politician is still getting paid. And you are the one paying for that”.

Undian dalam talian turut diadakan dengan pembaca diberi pilihan dua jawapan iaitu “Its Cool” dan juga “Unfair”.

Sejumlah 43% memilih “Its Cool” dan 57% lagi memilih “Unfair”.

 

Latest articles

Related articles

spot_img